Anjing setia Senarai anjing individual

Setia selepas kematian tuan

  • Canelo di Cádiz, Sepanyol, pernah berjalan dengan pemiliknya ke hospital tempat dia menerima rawatan dialisis. Pada 1990, pemiliknya meninggal dunia di hospital. Canelo mati di luar hospital selepas menunggu selama 12 tahun. Bandar Cádiz menamakan namanya kepada sebatang jalan dan sebuah plak sempena penghormatannya.[petikan diperlukan]
Jalan dan plak sempena penghormatan Canelo.
  • Capitán, seekor anjing gembala Jerman jantan, berlari dari rumahnya di Argentina tengah, selepas kematian pemiliknya Miguel Guzmán pada 2006. Kira-kira seminggu kemudian, keluarga Guzmán menemui Capitán berdiri menjaga kubur Guzmán selepas menemui kubur pemiliknya dengan sendiri. Apabila dibawa pulang ke rumah, Capitán berlari semula ke kubur bekas pemiliknya. Setakat 2012, ia terus berdiri berjaga di kubur pemiliknya dan menerima bekalan makanan daripada kakitangan perkuburan supaya ia tidak perlu pergi.[20][21][22][23]
  • Constantine, anjing gembala Jerman, juga dikenali sebagai Kostya atau Kostya Setia, pada pertengahan 1990-an di Togliatti, Rusia - sebuah keluarga meninggal dalam kemalangan kereta pada musim panas 1995, meninggalkan anjingnya sebagai satu-satu yang terselamat. Seekor anjing gembala Jerman, dinamai Constantine oleh orang tempatan, terus datang ke tempat sama selama 7 tahun kemudiannya mengharungi musim sejuk membeku dan musim panas terik. Tugu Peringatan Bakti - sebuah patung gangsa sempena penghormatan keseriaan anjing ini ditempatkan di tempat itu pada 2003 oleh pihak berkuasa bandar raya.[24][25]
  • Dżok,[26][27] sepanjang tahun (1990-1991) ia dilihat sia-sia menunggu di bulatan Rondo Grunwaldzkie di Kraków, Poland untuk diambil oleh tuannya, yang telah meninggal di situ.
  • Fido, seekor anjing baka kacuk, yang tuannya, Carlo Soriani, telah meninggal dalam serangan udara di Borgo San Lorenzo (dekat dengan Florence, di Itali) pada 1943, semasa Perang Dunia II. Fido sia-sia menunggu, selama 14 tahun kemudian, kepulangan Soriani, pergi ke perhentian bas hari-hari di Luco del Mugello (sebuah frazione di Borgo) tempat pemiliknya pernah turun selepas pulang dari tempat kerja.[28]
  • Greyfriars Bobby, seekor terier Skye jantan di Edinburgh, Scotland, setia terhadap tuannya lama selepas kematian tuannya pada 1858. Selepas kematian Bobby 14 tahun kemudian, ia dilaporkan meluangkan setiap malam di kubur tuannya.[29] Sebuah patung peringatan Greyfriars Bobby dibangunkan dekat dengan tapat perkuburan.
  • Hachikō, seekor anjing Akita jantan yang menjadi lambang kesetiaan di Jepun, dihormati dengan sebuah patung di Tokyo. Hachikō menjadi terkenal kerana kesetiaanya terhadap tuannya yang telah lama meninggal Hidesaburō Ueno, dengan kembali ke stesen kereta api dan menunggu kepulangan tuannya, setiap hari selama sembilan tahun pada masa ketibaan terjadual kereta api.[30]
  • Hawkeye, seekor anjing pengutip Labrador, tunggu di tepi keranda tuannya, Jon Tumilson, seorang SEAL tentera laut yang terbunuh di Afghanistan pada 6 Ogos 2011 apabila CH-47 Chinook yang dinaiki oleh pemiliknya ditembak jatuh oleh bom tangan panduan roket.[31]
  • Heidi, seekor terier Jack Russell betina, berjaya menuruni jarak jatuh 500 kaki (150 m) di Scotland untuk ke mayat tuannya (selepas tuannya terjatuh mati semasa mendaki) dan berdiri menjaga mayat itu selama 2 hari pada 2001.[32]
  • Heihei (黑黑), seekor anjing hitam jantan memberikan bukti kepada polis untuk mengenal pasti pembunuh tuan tuanya. Ia kemudian dikebumikan bersama tuannya.[33]
  • Huang Huang (Chengdu, China barat daya) meluangkan sepuluh jam mencari setiap bas yang lalu, membau tempat duduk dan mencari pemiliknya setiap hari selepas hilang tanpa jejak. Ia mengulangi rutin tragik sama. Ia menunggu di perhentian, menaiki bas dan membau setiap tempat duduk, mencuba untuk mencari tuannya.[34]
  • Leão, seekor anjing baka kacuk jantan yang tinggal di sisi tuannya yang meninggal pada Januari 2011 semasa banjir Brazil. Pemiliknya ialah Cristina Cesário Maria Santana. Mayat pemiliknya (bersama 3 lagi mayat ahli keluarganya) didapatkan oleh penyelamat selepas melihat anjing itu menggali lumpur.[35]
  • Old Shep, seekor collie sempadan jantan, yang – selepas melihat keranda tuannya dinaikkan ke dalam kereta api di Fort Benton, Montana pada 1936 – terus berjaga di stesen selama enam tahun.[36]
  • Spot: Pada November 2010, lima bulan selepas tuannya, Wayne Giroux dari Lone Oak, Texas, dibunuh oleh seorang pemandu mabuk, stesen televisyen tempatan melaporkan bahawa kacukan anjing Denmark besar Giroux, Spot, masih masih pergi hari-hari ke tempat di lorong desa tempat Giroux pernah bertemu dengannya untuk menunggu Giroux.[37] Cerita ini cepat dipetik dan disebarkan oleh penyalur media antarabangsa seperti CNN.[38]
  • Squeak, seekor terier Jack Russell jantan yang tidak hendak meninggalkan mayat tuannya, petani Zimbabwe Terry Ford,[39] selepas Ford dibunuh pada 2002 oleh seorang gerombolan ganas mengadakan rancangan perampasan tanah presiden Zimbabwe Robert Mugabe.[40] Foto Squeak menjaga mayat berdarah Ford membangkitkan seluruh dunia tentang kesedaran keganasan berkaitan dengan tanah di Zimbabwe.[41]
  • Theo, seekor springer spaniel Inggeris yang dimiliki oleh Lance Corporal Liam Tasker daripada Tentera British. Theo digunakan untuk menghidu bomb tepi jalan di Afghanistan. Pada 2010, The dan Tasker berada dalam pertarungan senjata dengan pemberontak, membunuh Tasker. Theo mati kemudian di pangkalan tentera British daripada serangan fatal tiba-tiba, sungguhpun ramai yang mempercayai bahawa ia mati kerana hati hancur. Mayat Tasker dan abu Theo dipulangkan ke England tempat abu Theo dipersembahkan kepada keluarga Tasker dalam upacara kecil-kecilan.[42] Pada Oktober 2012, Theo selepas mati dianugerahi Pingat Dickin, anugerah tertinggi Britain untuk keberanian oleh haiwan.[43]
  • Waghya, anjing peliharaan Chhatrapati Shivaji. Waghya dikenali sebagai epitome kesetiaan dan bakti abadi. Selepas kematian Shivaji, anjing ini meratap dan melopat ke unggun pengebumian tuannya dan mengorbankan dirinya. Sebuah patung didirikan di kekaki di sebelah makam Shivaji di Kubu Raigad.Patung Waghya, lambang kesetiaan dan bakti suci di India Sumber mempertikaikan sama ada Waghya ialah anjing sebenar[44] atau anjing cereka.[45]
  • Anjing kuning Lao Pan. Selepas Lao Pan, orang kampung berumur 68 tahun di Shandong yang tinggal sendiri, meninggal pada November 2011, rumahnya dikosongkan, dan anjing jenis spits kuning jantan tidak bernamanya hilang. Orang kampung kemudian perasan anjing ini menemui kubur Lao Pan dan cuba membawanya pulang ke kampung, tetapi, anjing ini enggan pergi. Mereka cuba mengumpan anjing yang lapar ini ke kampung dengan ban, tetapi ia mengambil makanan itu dan berlari balik ke tapak itu lagi. Orang keampung terharu oleh tingkah laku anjing ini, menguruskan bekalan makanan untuknya hari-hari di kubur itu, dan setakat seminggu kemudian apabila laporan pertama muncul, mengadakan keputusan untuk membina pondok di situ. Cerita ini tersebar di negara ini, dipetik oleh media kebangsaan, dan disiarkan oleh banyak penyiar antarabangsa menjelang pertengahan Disember.[46]
  • Tommy, seekor anjing gembala Jerman berumur 7 tahun, anjing setia ini masih pergi ke gereja tempat pengebumian pemiliknya diadakan. Maria Margherita Lochi, pernah datang dengan Tommy ke Gereja Santa Maria Assunta di San Donaci, Itali. Selepas Maria Margherita Lochi meninggal, anjing ini menghadiri pengebumian khidmat dan mengikuti keranda Maria. Bap gejera, Donato Panna, berkata "ia menunggu dengan sabar di tepi mazbah dan hanya duduk di situ senyap-senyap. Saya tidak sanggup menghalaunya—"Saya baru kehilangan anjing saya sendiri, jadi saya meninggalkannya di situ sehingga Mass tamat kemudian saya membenarkannya keluar."
  • Seekor anjing melemaskan diri sendiri selepas tuannya yang berumur 77 meninggal dunia selepas 18 tahun bersama dengannya.[47] Tommy mati pada 20 Januari 2014 kerana penyakit.[48]
  • Talero ialah seekor anjing gembala Jerman jantan yang setia menyampingi pemiliknya, Bernardo Leónidas Quirós, selama 23 hari, selepas Quirós meninggal dunia dalam satu ribut salji di Argentina. Menurut El Patagonico, Talero kelihatan telah menghalang haiwan liar daripada menyerang mayat pemiliknya dan mandiri dengan memburu haiwan kecil. Teman setia ini juga kelihatan telah tidur di samping pemiliknya, mencuba untuk menghangatkannya dan melindunginya daripada angin. Apabila polis menghampiri mayat berkenaan, Talero menggeram dan menyalak mereka, terus melindungi pemiliknya.[49][50]
  • Wiley, seekor anjing serigala, dirakam pada pita video, membuat bunyi keesakan di kubur nenek pemiliknya.[51][52]

Kembali ke rumah

  • Bobbie, the Wonder Dog, selepas tidak sengaja ditinggalkan dalam perjalanan rentas negara, Bobbie berjaya pulang melalui 2,551 batu (4,105 km) ke rumah keluarganya.
  • Baekgu, anjing Jindo Korea, selepas dijual oleh pemilik asli kerana kesusahan ekonomi, kepada pemilik baru 300 km jauh, pulang kepada pemilik asli selepas 7 bulan.

Anjing setia lain

  • Bob si Anjing Kereta Api, seekor teman pengembara dan pemandu yang setia di Kereta Api Australia Selatan pada hujung abad ke-19.
  • Gelert, seekor anjing legenda berkaitan dengan kampung Beddgelert, Wales. Menurut legenda, Raja Llywelyn pulang daripada perburuan marah bahawa anjing pemburu serigalanya, Gelert, hilang, hanya disambut dengan sangat gembira oleh anjing ini di pintu hadapan.Gelert oleh Charles Burton Barber (1845–1894) Raja itu memerhatikan bahawa Gelert berdarah di mulutnya tetapi terus pergi ke bilik anak kecil lelakinya dan menemui bayinya hilang, buaiannya ditumbangkan, dan lebih darah. Menyangka bahawa Gelert telah membunuh bayinya, Llyweln menghunus pedangnya dan membunuh anjing ini, yang cengking kematiannya disahut oleh tangisan bayi. Llyelyn mengangkat buaian itu dan menemui keturunannya di bawah buaian itu, bersama seekor serigala mati yang telah cuba mengangkat dan berlari dengan bayi itu, tetapi telah dihentikan dan dibunuh oleh Gelert. Mengatasi kesesalannya, Llywelyn mengebumikan anjing ini dengan upacara besar, tetapi tidak pernah senyum lagi, dihantui oleh ingatan cengking kematian Gelert. Sungguhpun pakar meragui legenda ini dan kesahihan Kubur Gelert, orang Beddgelert menghormati dan mengekalkannya sehingga kini, dan kepercayaan Wales popular dalam legenda ini masih menasihatkan amaran dalam budaya itu agar tidak bertindak terburu-buru dengan marah apabila keadaan tidak seperti kelihatan.[53]
  • Saint Guinefort, seekor anjing legenda Perancis, dihormati dengan tradisi hampir menyerupai yang untuk Gelert.
  • Pompey, seekor pug yang menggagalkan percubaan pembunuhan terhadap nyawa William The Silent, Putera Orange.
  • Old Drum, seekor anjing pemburu rubah Amerika yang kematiannya di tangan seorang jiran merupakan subjek tuntutan mahkamah dan hujah penutup terkenal George Graham Vest, "Eulogy to a Dog", yang mempunyai kesetiaan mereka, pertalian orang dengan anjingnya adalah unik, dan ini patut mempengaruhi cara undang-undang ditafsirkan dan dilaksanakan dalam kes sebegini. Kes ini sangat berpengaruh dalam mahkamah sejak itu.[54]
  • Taro dan Jiro, dua ekor husky Sakhalin yang terselamat selama setahun ditinggalkan di benua beku Antartika sehingga ahli kumpulan Ekspedisi Jepun menyelamatkan mereka berdua.
  • Zander, seekor kacukan anjing Samoyed-husky berumur kira-kira 7 tahun, berberat 70-paun (32 kg), yang terlepas dari rumah dan menempuhi melebihi dua "batu sukar" (mengharungi anak sungai, menyeberangi lebuh raya sibuk, dan melalui kejiranan kompleks) untuk tiba di sebuah hospital di sebuah kawasan yang tidak dilawati olehnya, tempat ia dihentikan oleh seorang pekerja hospital yang memanggil nombor telefon bimbit pada tag anjing ini dan tiba di tuan Zander di sebuah bilik di dalam hospital itu tempat tuannya terbaring selama berhari-hari pulih daripada penyakit.[55]
  • Kisah Mari dan Tiga Ekor Anak Anjing berdasarkan sebuah kisah benar pada gempa bumi Chūetsu 2004. Mari melahirkan tiga ekor anak anjing. Pada musim bunga itu, haiwan bertingkah laku pelik, membayangkan bahawa sesuatu yang besar akan datang. Pada 23 Oktober 2004, satu gempa bumi besar, yang kemudian dikenali sebagai gempa bumi Chūetsu melanda dan memusnahkan seluruh kampung. Pada masa itu, hanya datuk dan Aya di rumah, dan mereka ditumpaskan oleh sebuah almari yang runtuh ke atas mereka. Mari secepatnya memindahkan anak-anaknya ke tempat selamat dan berjaya datuk dan Aya daripada bencana itu.

Rujukan

WikiPedia: Senarai anjing individual http://www.dailytelegraph.com.au/lifestyle/they-ca... http://www.defence.gov.au/media/DepartmentalTpl.cf... http://www.abc.net.au/news/stories/2009/11/12/2741... http://www.24chasa.bg/Article.asp?ArticleId=301833... http://ofuxico.uol.com.br/Materias/Noticias/notici... http://www.collectionscanada.ca/king/05320113/0532... http://sci.ce.cn/society/policy/200609/05/t2006090... http://boston.about.com/od/glossary/p/bostonterrie... http://www.artnet.com/galleries/exhibitions.asp?gi... http://dachshundlove.blogspot.com/2007/11/dachshun...